Monday, June 08, 2009

Kad Jemputan



Kepada yang Mengenali Diri Ini, Rakan2 Semua Dijemput Hadir :)

Thursday, August 14, 2008


Rahsia Menambat Hati Perempuan


· Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan.


· Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e-mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan 'Hai' untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satuungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.
· Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.



· Jangan kamu ambil remeh-temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulang tahun. Apa salahnya buat 'surprise' sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.


· Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu.Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke'macho'an kamu!.


· Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamudisisi mereka.


· Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.
· Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.



· Jangankamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidaksuka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh 'cerita orang lain' kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka. Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar..lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati. Mereka akan 'meletup' pada suatu hari.



TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal .Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah 'sejuk'. Mungkin kamu juga boleh 'cool'kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu.



Itu kerana mereka SAYANGkan kamu!

~wanie syaz~
9th october 1985

Sunday, December 30, 2007

persahabatan itu indah.......

sesegar hijau daunan...
begitulah kita diibaratkan...
tiada siapa yang bisa memisahkan kita...
antara kita semua....
buang yang keruh...
ambil yang jernih..
dendam hasad dengki..
mestilah dijauhi..
ukhuwah dan mahabbah..
kita jalinkan..
eratkan keharmonian...
kenangan sewaktu di mersing...

Thursday, March 15, 2007



Dengan Nama Allah Y Maha Pemurah Lg Maha Mengasihani..

Peringatan Buat Saudariku......

Saudariku.....

Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasai taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga , harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu; namun...... tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar , dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang ....... tapi awas duri yang melingkari bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya......

Saudariku.....

Aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahidah.Bentengilah dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah... Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk ..... ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga *****ka dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah ...... umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup .....

...sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah, wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam......

Namun .............

ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu lebih-lebih lagi title gadis yang kau miliki sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada ... sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu, yang penting saudariku engkau mesti punyai azam , usaha dan istiqomah..........

Saudariku.....

Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki...Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu...Sesungguhnya nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu, " Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita"………….

Oleh itu saudariku setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al Quran dan As Sunnah, jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu..... Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam. Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tangan mu.....

Saudariku...

Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi,itulah fitrah semulajadi setiap insani namun ramai di antara kamu yang tewas kerana cinta... Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah, kerana cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta...

Benarlah kata-kata "Sesungguhnya cinta itu buta" ...

cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan yang batil apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah SWT... Sebelum kau mendekati cinta , Cintailah dirimu terlebih dahulu , mengka***** hakikat kejadianmu yang begitu simbolik , yang berasal daripada setitis air yang tak berharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah..

Semoga di sana mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadapNya dan timbul rasa cinta dan kasih pada penciptamu............

Saudariku...

Mencintai Allah dan rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai tapi apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti ia akan bertaut kembali.. Dalam seusia mu sibukkan lah dirimu dengan ilmu yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina syakhsiah muslimahmu.....

Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat. Buat akhirnya terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiah sebagai renungan bersama : "Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk seseorang insan , kerana ia tidak kekal , cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal , kecewa , menderita dan terseksa, oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri.

" "ANTARA TANDA KEBERKATAN SESEORANG WANITA ITU IALAH, CEPAT PERKAHWINANNYA,CEPAT PULA KEHAMILANNYA DAN RINGAN MAHARNYA'...

Friday, March 09, 2007

Rindunya Abang Pada Nura - Episod 3

Hilmi melipat kembali surat itu, yang telah dibaca berulang kali dan kini dia amat rindukan Nura Ain...dan kini barulah dia sedar betapa berharga sebuah kerinduan itu.....
Nura.... abang juga rindukanmu sayang.. bisik hati Hilmi. Andai angin itu mampu menyampaikan rindu, bertiuplah bayu, sampaikan rindu hati ini….. Andainya air yang mengalirkan mampu menghanyutkan duka, mengalirkan sungai hanyutkan duka hati ini… Andainya sekali ombak menghempas pantai mampu merubah pasir, hempaskan sang ombak sekuat hatimu, ubahlah nasibku ini…. Tapi, aku masih terus begini, tidak sudikan kau sang bayu, sungai dan ombak menolong diriku…

Hilmi menutup kembali surah Yassin, dan melipat tikar kecil yang dijadikan alas duduknya. Longlai langkahnya menuju ke kereta. Enjin kereta dihidupkan, lantas dia memecut ke pejabat. Tepat jam 8.50 pagi dia sudah selesai punch card.
“Kau ke kubur lagi Mi?”, sapa Zakri.
“Ha’ah, selagi belum hilang rinduku pada Nura,” balas Hilmi.
“Kau ni, sudahlah tu, binalah hidup baru, aku tak suruh kau lupakan dia, tetapi, yang pergi biarkan pergi kita yang hidup mesti teruskan hidup, kau jangan ikutkan hati sangat Mi, buruk padahnya nanti, kau lupa ker, Nura berpesan supaya carikan pengganti untuk Syuhadah tu, sanggup ke kau lihat budak tak berdosa tu membesar tanpa kasih sayang seorang ibu, carilah seorang ibu untuk Adah Mi,” Zakri cuba menasihati.

“Entahlah Zack, hati hanya untuk Nura, seluruh kasih sayangku hanya untuk Nura, cuma aku tak sempat buktikan padanya, aku terkilan sungguh Zack, kenapa aku sia-sia kasih sayang Nura selama ni Zack? Kenapa aku tak sedar betapa luhur dan sucinya kasih Nura untuk aku? Kenapa Zack?, 8 tahun aku mengenalinya, hampir 6 tahun aku hidup sembumbung dengannya takkan aku boleh melupakannya dengan mudah dalam tempoh 10 bulan ini, sukar Zack, sukar..” Hilmi sebak bila mengenangkan semua itu.
“Mi, sudahlah, aku rasa fikirkan tentang Syuhadah, bukan fikir tentang perkara lepas, tentang kesilapan kau, tebuslah kesalahan itu dengan membahagiakan buah hati pertama dan terakhir kau dan Nura,” Zakri jugak agak sebak.
“Doakanlah Mi, doakan semoga aku tabah, dan doakan semoga aku bertemu insan yang mampu menjaga seorang anak yatim tidak berdosa seperti Adah dengan baik, doakanlah aku Zack,” pinta Hilmi. Arrghhh rindunya abang pada Nura.
“Insya-Allah, dah le buat ler kerja kau tu,” Zakri kembali menyambung tugasannya.
Syuhadah merangkak menuju ke arah papanya. Hilmi tersenyum riang melihat telatah Syuhadah yang sungguh manja. Hatinya tersentuh bila mengenangkan anak sekecil itu, tidak merasa belaian kasih sayang seorang ibu, sebak hatinya mengenangkan, nasib anak kecil itu.
“Hah dah balik kau, tak dengar bunyi kereta pun?” tanya Mak Zaharah.
“Saya tinggalkan di luar mak, nanti lepas maghrib saya nak keluar semula.”
“Kau nak jumpa perempuan tu?,” maknya mula menyangka. Hilmi mengangguk.
“Hilmi, kalau dengan budak tu, kau nak jadikan mak Syuhadah menggantikan Nura, mati hidup balik mak tak kasi. Biarlah mak saja yang menjaganya. Mak tak sanggup, mak tak yakin langsung dia boleh menjaga Syuhadah dengan baik, hari tu datang sini, nak menyiang ikan pun tak mahu, takut kuku patah katanya, itu kau nak jadikan isteri, itu kau nak jadikan mak Syuhadah? Aku tak sanggup Mi,” maknya meluahkan.
“Entahlah mak, saya pun belum buat apa-apa keputusan,” Hilmi berlalu.
Hilmi melihat jam di tangan, sudah hampir pukul 9.30 malam, lewat lagi Zati nampaknya getus hatinya. Dia bertekad, lagi lima belas minit kalau dia tak datang, Hilmi akan pulang. Lapan minit berlalu, tiba-tiba dia nampak kelibat Zati masuk ke dalam restoran itu.
“Sorry Hilmi, I baru balik dari site, kena pergi office dulu, buat report, sorry yek…,” Zati beralasan.

“Ermmm, lama I tunggu di sini, I dah nak balik pun, kalau iyer pun telefonlah beritahu,” Hilmi hampir bosan, setiap kali berjumpa Zati mesti lewat.
“Kan I cakap, alasan I kenapa pulak you nak marah I, telefon I habis baterilah, lecehlah you ni tunggu sekejap pun dah bising,” Zati mengomel.
“Sudahlah, you nak makan apa?,” Hilmi malas bertekak.
“Ermm, actually I dah makan tadi kat site, client belanja, kenyang lagi ni, lagipun takut gemuk, just mintak fresh orange jer lah,” pinta Zati.
“Huhhh, sejam orang tunggu dia, alih-alih kena makan sorang jugak, baik makan terus jer dari tadi,” Hilmi mula terasa hati dengan sikap Zati.
“Rilekslah you ni lorat ler,” Zati megeluh.
Zati sibuk berceritakan soal projek dia, projek yang akan menentukan masa depannya, dia ghairah bercerita mengenai projek dia, Hilmi hanya mendengar sambil menyuap makanan ke mulut, makanan ditelan terasa seperti menelan pasir saja. Akhirnya Hilmi bersuara.
“Zati, I nak berbincang satu perkara dengan you, please listen.”
“What, ceritalah,” Zati berkata.
“You tahukan, wife I dah meninggal sepuluh bulan yang lepas, dan I punya anak, yang juga berusia sepuluh bulan, I ingin mulakan hidup baru Zati, sudikah you jadi mother untuk anak I Zati?” Hilmi bertanya.
“What! Hilmi, apa ni? I belum bersedia hendak berumah tangga lah Hilmi, apatah lagi nak punya anak, tambahan pulak bukan anak I, ishh apa ni, tak maulah I, kalau I nak kahwin dengan you pun bukan sekarang mungkin 2 tahun lagi, I baru kerja, I masih perlu baiki kerjaya I dulu, kalau I kahwin dengan you pun belum tentu I boleh terima anak you Hilmi, sorrylah,” Zati menerangkan.
Penerangan Zati cukup mengundang dan menambah luka di hati Hilmi. Mereka berpisah pada malam itu, namun, Hilmi bertekad, pertemuannya dengan Zati malam itu, adalah pertemuan yang terakhir. Betul kata ibunya, Zati tidak sesuai untuk menjadi ibu Syuhadah. Bukan Hilmi yang kemaruk hendak berbini, tapi dia memikirkan Syuhada yang perlukan seorang ibu.

***

Selepas pertemuan terakhir dengan Zati, Hilmi langsung tertutup hati untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana perempuan. Tumpuan sepenuhnya hanya untuk Syuhada dan kerjayanya sahaja. Betul kata ibunya dia mesti cari pengganti Nura, yang mempunyai hati seluhur Nura. Arrrghhh.. rindunya abang pada Nura, rindu belaian kasih Nura, rindu masakan Nura yang disediakan dengan penuh kasih sayang seorang isteri. Rindu senyuman Nura, tapi dibayar berjuta ringgit takkan Nura hidup kembali.
“Hilmi, mak nak berbincang dengan kau ni Hilmi,” tegur mak Zaharah.
“Ada apa mak? Cakaplah.”
“Mak kesian sungguh tengok si Syuhadah ni Hilmi, kau ni pun mak tengok dah tak beria dengan budak pompuan tu dah kan? Mi mak cuma nak bahagiakan kau dan Syuhadah saja, boleh mak saja yang carikan pengganti Nura tu Hilmi? Mak kesian sangat dengan Syuhadah ni, kecil-kecil lagi dah tidak beribu,” kata maknya.
“Kenapa mak dah bosan menjaga Syuhadah ker?” Hilmi bertanya.
“Ya, Allah Hilmi, kesitu kau, mak tak kata begitu, tapi kasih aku ni kasih nenek, tidak sama dengan kasih ibu.”
“Begitu jugak kasih ibu tiri tak sama dengan kasih ibu sejati,” Hilmi membalas.

“Hilmi, kalau kau setuju, mak ada berkenan dengan seorang cikgu tadika ni, Ustazah Salwa, dia mengajar dekat tadika di surau kita ni, baik budaknya, mak yakin dia mampu menjaga Syuhadah dengan baik, dengan ilmu agama dan kelembutan yang ada dengannya, lembut orangnya, mungkin lebih lembut dari Nura,” maknya bercerita.
“Mak!! Tolong jangan bandingkan dengan Nura mak, Nura saya tiada tandingannya, kalau mak berkenan dengan dia, tolong jangan bandingkan dengan Nura, saya tidak suka, dan Nura adalah ibu terbaik buat Syuhadah, takkan ada yang akan lebih baik,” Hilmi kecewa.
“Maafkan Mi, mungkin mak berkenan sangat, kau kenallah dia dulu, sebelum buat keputusan, nanti mak bertanya ibunya.”
“Tak payahlah mak, elok kata mak, eloklah tu, saya ikutkan sahaja, saya malas nak fikir akan hal ini,” Hilmi berlalu, mengendong Syuhadah dan dibawa ke bilik. “Malam ni dia tidur dengan saya saja mak,” Hilmi menambah. Di dalam bilik, Hilmi bermain dengan Syuhadah, dia merasakan bahawa Nura juga berada bersama di tika itu, bermain bersama, Hilmi mencium Syuhadah seolah mencium Nura, Hilmi membelai Syuhadah, akhirnya dia terlena didalam belaian papanya. Rindunya Nura pada Abang…
Majlis akad nikah selesai dijalankan, bagi pihak Hilmi, majlis jamuan makan kecil-kecilan diadakan. Namun bagi keluarga Salwa, ini majlis yang pertama, kenduri diadakan dengan meriah. Hilmi sungguh hiba terkenangkan Nura. Hilmi tiada rasa gembira, pilu di hati hanya Ttuhan saja yang tahu.

“Mi, mengapa kau ni, kau mesti gembira, ini hari pernikahan kau,” Zakri menasihatinya.
“Entahlah Zack, aku tak pandai berpura-pura, aku boleh bohong orang lain, tapi tidak untuk diri sendiri,” Hilmi meluahkan.
“Come on, sekurang-kurangnya kau jagalah hari keluarga mertua kau ni, selama ni pun kau tak pernah ada mak bapak mertua kan? Inilah pertama kali kau merasa,” Zakri tidak berputus asa.
Selesai segala majlis, Hilmi terasa amat letih, selepas solat Isya’, dia tertidur. Salwa masih lagi melayan Syuhadah, sebak dia mengenangkan nasib bayi secomel Syuhadah ditinggalkan ibu ketika berusia seminggu, apatah lagi dia masih menyusu badan. Sedih sungguh, dia berazam, meskipun dia bukan ibu kandung Syuhadah, namun itu akan dianggap seperti anak sendiri, apatah lagi jiwanya yang memang sukakan kanak-kanak.
“Assalamualaikum abang, bangunlah dah subuh,” Salwa mengejutkan Hilmi.
Hilmi berlalu tanpa sebarang suara. Dia terasa asing, terasa asing berkongsi bilik dengan perempuan lain, dia teringatkan Nura. Alangkah manisnya kalau yang menyambut pagi itu ialah Nura. Dia terlalu rindukan Nura......

Di meja makan Hilmi diam seribu bahasa, dia rasa terasing. Asing kerana ada perempuan lain di antara dia dan Syuhadah, dia masih belum dapat menerima kehadiran Salwa lagi. Mak Zaharah perasan akan hal itu.
“Mak harap kamu sabar banyak dengan perangai Hilmi yer, berikan dia masa, bukan senang dia nak lupakan Nura, lama-lama nanti oklah tu, kamu sabarlah yer, jangan kecil hati,” pesan Mak Zaharah semasa Salwa ke dapur menambah nasi lemak.
“Tak apa mak, saya faham, sedangkan seorang kekasih pun susah nak lupakan kekasihnya, ini tambahan pula, seorang suami, pernah hidup serumah mak, Insya-Allah doakan kami mak,” Salwa menjawab, mencerminkan kematangan pemikirannya.
“Bertuah Hilmi, bertemu jodoh dengan Salwa, Insya-Allah mak mana tak doakan anak Salwa,” ujar Mak Zaharah.

“Mak, mana raket badminton saya mak,” jerit Hilmi dari ruang tamu. Dia bercadang untuk keluar bermain badminton bersama rakan-rakannya.
“Pergi cepat ambilkan raket dia, di atas almari bilik belakang tu,” arah Mak Zaharah. Salwa patuh arahan itu, segera dia beredar mencari raket yang dipinta. Lalu bergegas dia ke depan menghulurkan buat suami yang baru sehari bersamanya.
“Abang, nah ambil ni,” hulur Salwa.
“Bukan yang inilah, tak apalah biar saya ambil sendiri,” kata Hilmi, dan berlalu pergi. “Saya pergi dulu mak,” kata Hilmi sebelum keluar rumah.
Salwa menghulurkan tangan untuk bersalam tanda hormatkan suami, namun, Hilmi berlalu dengan selamba. Hatinya sedikit terguris dengan tindakan Hilmi, namun cepat-cepat dia pujuk hati sendiri. Mak Zaharah kecewa dengan sikap Hilmi, dia kesal, sepatutnya, Hilmi menghabiskan cuti kahwinnya kali ini untuk bersama-sama Salwa, tetapi dia tak mahu, dia berkeras hendak keluar bersukan. Sudahlah cadangan dia supaya Hilmi dan Salwa pergi makan angin ke luar daerah ditolak. Alasan Hilmi ialah, rutin setiap Jumaatnya akan terbatal, iaitu mengunjungi pusara Nura.

Kini sudah sebulan Salwa dan Hilmi bergelar suami isteri, Syuhadah juga sudah pandai bermanja dan merengek dengan Salwa. Dia sudah pandai tidur berpeluk dengan Salwa. Mak Zaharah sungguh gembira, tepatlah pilihan pengganti Nura Ain. Namun Mak Zaharah kesal, Hilmi masih belum dapat menerima Salwa sepenuh hati, apa yang mampu dibuat berdoa dan menasihati Hilmi.
“Abang dah balik,” sapa Salwa bila Hilmi sudah tercegat depan pintu rumah, tangan dihulur untuk menyambut tangan suami untuk dikucup, tetapi seperti biasa Hilmi hanya acuh tak acuh sahaja.
“Syuhadah….,” panggil Hilmi. Dengan tergesa-gesa anak comel itu merangkak menuju ke papanya. Hilmi mencium dan menggomol Syuhadah, seolah-olah sudah berbulan ditinggalkan Syuhadah, sedangkan dia hanya berpisah pagi tadi sahaja.

“Abang, jemput minum,” Salwa mengajak Hilmi minum petang.
“Minumlah dulu, saya nak solat,” jawapan pendek Hilmi sekali lagi mengundang duka Salwa.
Selesai solat Maghrib, Salwa mencapai Quran, dia membaca penuh kusyuk, tanpa tersedar, air matanya turut mengalir, dadanya sebak, perasaan rendah diri pada Yang Esa, dan ditambah luka di hati, mengalir bersama juntaian air matanya, Hilmi yang menyedari keadaan itu, merasa sedikit bersalah. Namun dia hanya mendiamkan diri. Dia terus dengan kerja-kerjanya menyiapkan pelan bangunan kedai yang baru hendak dimulakan lakarannya. Selesai mengaji, Salwa turun ke bawah, menyiapkan makan malam, sekali lagi Mak Zaharah memujuk Salwa.
“Kenapa kamu menangis, Hilmi marahkan kamu,” tanya Mak Zaharah.
“Ehh, tak lah mak, dia tak cakap apa-apa, saya memang begini, kalau mengaji, kadang-kadang kalau dah khusyuk sangat dengan ayat-ayat suci tu, saya sebak sendiri,” Salwa menjawab.
“Kalau dia ada marahkan kamu, jangan selindung, cerita dengan mak yer.”

Malam itu, Salwa tidur bersama Syuhadah seperti biasa, dan Hilmi masih meneruskan kerja-kerjanya. Dan seperti biasanya, Hilmi akan tidur di atas sofa di dalam biliknya. Salwa selalu merasa berdosa, tapi apakan daya bukan salahnya, Hilmi yang tidak mahu bersama, sebulan bernikah, Salwa masih lagi seorang dara. Tak apalah, berilah dia masa, pujuk hatinya.

.......................to be con't lg........

Rindunya Abang Pada Nura - Episod 2

"Sudahlah Nura abang dah bosan, jangan cakap pasal tu lagi abang tak suka. Bosan betul..."
Pagi tu, Hilmi keluar rumah tanpa sarapan, tanpa bertemu Nura dan tanpa suara pun. Nura makin rindu pada suaminya, demamnya pula kian menjadi-jadi.
Malam tu Hilmi terus tidak pulang ke rumah, Nura menjadi risau, telefon bimbit dimatikan, Nura risau, dia tahu dia bersalah, akan dia memohon ampun dan maaf dari Hilmi bila dia kembali. Nura masih menanti, namun hanya hari ketiga baru Hilmi muncul dan Nura terus memohon ampun dan maaf dan hulurkan tangan tetapi Hilmi hanya hulurkan acuh tak acuh sahaja. Nura kecil hati dan meminta Hilmi pulang malam nanti kerana dia ingin makan bersama Hilmi. Hilmi sekadar mengangguk.
Tetapi malam tu Nura kecewa lagi. Hilmi pulang lewat malam. Demam Nura pulak makin teruk, dan esoknya tanpa ditemani Hilmi dia ke klinik, sebab sudah tidak tahan lagi.

--------------------------------------------------------------------------

Abang pulanglah abang, pulanglah Nura ingin beritahu perkhabaran ini, pulang abang, doa Nura. Nura kecewa tapi masih menanti, bila masuk hari ketiga dia sudah tidak sabar lagi, dia menelefon ke pejabat. Dan telefonitu disambut oleh Zikri.
"Syukurlah Nura kau telefon aku, ada perkara aku nak cakap ni, boleh aku jumpa kau? tanya Zikri.
"Eh... tak bolehlah... aku ni kan isteri orang, mana boleh jumpa kau tanpa izin suami aku, berdosa tau," tolak Nura.
Pilunya hati Zikri mendengar pengakuan Nura itu. Setianya kau perempuan, bisik hatinya.
"Oklah kalau macam tu, aku pergi rumah kau, aku pergi dengan mak aku boleh?" pinta Zikri
"Ok, kalau macam tu tak apalah, aku pun dah lama tak jumpa mak kau, last sekali masa konvo kita 6 tahun lepas kan?" setuju Nura.

--------------------------------------------------------------------------

"Eh, kenapa pucat semacam ni?" tegur Mak Siti.
Nura hanya tersenyum penuh makna, dan membisik, "Allah makbulkan doa saya mak cik".
Pilu hati Mak Siti dan betapa dia sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia lakukan. Segera Mak Siti mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan berita itu. Zikri serba salah.
"Nura, aku anggap kau macam saudara aku, aku tak tahu macam mana nak mulakan, aku harap kau tabah dan tenang, sebenarnya Hilmi dalam proses untuk berkahwin lagi satu, dan aku sayangkan korang macam saudara sendiri, dan aku tak sanggup rumah tangga korang musnah macam ni, kau tanyalah dengan Hilmi dan bincanglah, cubalah selamatkan rumah tangga korang." terang Zikri.
Nura menangis semahunya di bahu Mak Siti, rasa hampir luruh jantung mendengarkan penjelasan itu. Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita gembira yang diterima pagi tadi, sudah tidak bermakna. Nura menantikan Hilmi sehingga ke pagi, namun dia masih gagal.
Dua hari kemudian Hilmi pulang dan sibuk mengambil beberapa pakaian penting, dan masa ini Nura bertekad untuk bertanya.
"Ya betul apa yang Nura dengar tu, dan kami akan langsungkan jugak, dan abang takkan lepaskan Nura, itu janji abang, mak ayah pun dah tahu dan mereka tak kisah asalkan abang tidak lepaskan Nura, kerana mereka juga sayangkan Nura, dan Nura kena faham abang inginkan zuriat sendiri, walau apa pun persiapan sedang dibuat, abang janji takkan abaikan Nura." janji Hilmi.
Nura sayu mendengar, dan bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dan segala perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar duka. Nura terlalu kecewa.

--------------------------------------------------------------------------

Hilmi masih menanti di luar, rasa amat bersalah bersarang di kepala, sejak dihubungi Zikri, dia bergegas ke hospital apabila dimaklumkan Nura pengsan dan mengalami pendarahan. Doktor dan jururawat keluar masuk. Dia masih resah.
"Insya-Allah En. Hilmi, dua-dua selamat," terang doktor pada Hilmi.
"Dua-dua apa maksud doktor?" tanya Hilmi.
"Dua-dua ibu dan baby dalam kandungan tu, tapi dia kena banyak berehat kerana rahimnya tidak begitu kukuh, saya takut banyak bergerak akan menyebabkan berlaku keguguran, tapi kami dah mulakan injection untuk kuatkan paru-paru baby dan jahitkan rahim dia dan bersedia untuk early delivery dalam kes macam ni," terang doktor.
"Ya Allah, Nura mengandung, Ya Allah, berdosanya aku pada Nura," kesal Hilmi. Malu rasanya untuk menatap muka Nura.
"Kenapa Nura tak bagi tahu abang yang Nura mengandung?" kesal Hilmi.
"Nura memang nak bagitau abang tapi, bila abang cakap abang sudah bertunang dan akan berkahwin, Nura tak sampai hati bang, Nura tak sanggup abang malu dan keluarga abang malu." Jelas Nura.
"Nura sebenarnya, abang belum bertunang dengan budak tu, abang cuma sekadar berkawan sahaja. Belum pernah abang bincangkan soal kawin lagi, dan abang tak sanggup nak teruskan hubungan tu lagi kerana abang akan jadi ayah tidak lama lagi." Janji Hilmi.
Kesal kerana mengabaikan Nura yang mengandung itu membuatkan Nura risau dan akhirnya pitam di halaman rumah. Mujurlah ada jiran nampak dan membawa ke hospital, dan mujur jugak Nura pengsan di halaman, dapat dilihat orang.

--------------------------------------------------------------------------

"Mama kenapa mama buat tu, biarlah mak yang buat," marah Hilmi bila melihatkan Nura cuba menyapu lantai. Sejak keluar hospital hari tu, mertua dia meminta supaya Nura tinggal saja di rumah sehingga bersalin kerana dia memang tidak dibenarkan doktor melakukan sebarang kerja, bimbang keguguran kerana rahimnya tidak kuat.
"Ala Papa ni, biarlah mama buat sikit sajalah," balas Nura. Itulah panggilan manja mereka sekarang ni.
Dengan pengawasan rapi doktor, yang setiap dua tiga sekali akan melakukan pemeriksaan, dan bila usia kandungan mencecah 6 bulan, doktor mengarahkan supaya Nura hanya berehat di hospital, supaya senang mengawasi Nura dan andainya apa-apa berlaku Nura akan terus dibedah untuk menyelamatkan nyawanya dan bayi yang dikandung. Setiap hari Nura akan dilawati oleh Hilmi. Nura amat bahagia, ternyata bayi yang dikandung membawa sinar, amat berharga kehadiran dia nanti, sebab itulah Nura sanggup tinggal di hospital, sanggup menelan berjenis ubat, sanggup disuntik apa saja semuanya demi bayi itu.
Kandungan sudah di penghujung 7 bulan, Nura amat bahagia merasakan gerakan-gerakan manja bayi yang dikandungnya. Setiap tendangan bayi dirasakan amat membahagiakan. Doktor makin teliti menjaga Nura, kerana bimbang berlaku pertumpahan darah, dan akhirnya apa yang dibimbangi para doktor menjadi nyata apabila Nura mengalami pertumpahan darah yang serius, lantas terus dia ditolak ke dalam bilik bedah dalam masa beberapa minit sahaja. Hilmi tiba bersama ibu dan ayahnya, dia panik sekali, namun cuba ditenangkan oleh kedua orang tuanya. Hampir satu jam berlalu, apakah khabarnya Nura di dalam sana. Hilmi makin risau, setengah jam kemudian doktor keluar.
Hilmi meluru, "Doktor bagaimana isteri saya ?", Hilmi terus bertanya.
"Sabar, kami telah cuba sedaya upaya, tahniah anak encik selamat, encik dapat anak perempuan, seberat 2.1 kilogram, dan kini kami cuba sedaya upaya untuk selamatkan Puan Nura Ain." terang doktor.
"Apa maksud doktor? Tanya Hilmi yang sudah tidak sabar.
"Begini, dia kehilangan banyak darah, kami cuba sedaya upaya menggantikan darahnya yang keluar itu, dan masih berusaha, namun rahimnya terus berdarah dan kami mohon kebenaran untuk membuang terus rahimnya demi menyelamatkan nyawanya." jelas doktor.
"Buatlah doktor, saya izinkan asalkan isteri saya selamat."

--------------------------------------------------------------------------

"Ermmm... lekanya dia sampai terlena." tegur Hilmi sambil membelai dan mengusap kepala Nur Syuhadah yang terlena akibat kenyang selepas menyusu dengan Nura. Nura hanya tersenyum. Hari ni genap seminggu usia Syuhadah. Nura Ain masih lemah akibat kehilangan banyak darah. Namun dikuatkan semangat demi Nur Syuhadah buah hatinya. Dia mencium sepenuh kasih sayang pipi comel anaknya itu. Dia membelai sayu wajah comel itu. Entah kenapa dia rasa seperti terlalu sayu hari itu, hatinya terlalu sepi, semalam dia mimpikan arwah ibunya, datang menjenguk dia dan Syuhadah, tanpa suara, ibunya hanya tersenyum. Dan akhirnya berlalu begitu sahaja. Hari ini Nura menjadi seorang perindu, dia rindukan ibunya, dan diceritakan perkara itu pada Hilmi.
"Mungkin mak Nura datang tengok cucu dia, dan dia amat gembira". pujuk Hilmi menenangkan Nura.
"Abang... tolong Nura bang!!" laung Nura dari bilik air.
"Ya Allah!! Nura kenapa ni?" Hilmi ketakutan. "Mak... tolong mak... makkkkkkkkkkk" Hilmi menjerit memanggil emaknya di dapur.
"Cepat, bawak pergi hospital, cepat Hilmi," perintah Mak Zaharah.

--------------------------------------------------------------------------

"Maaf dia tidak dapat kami selamatkan, terlalu banyak darah yang keluar, dan kami tak sempat berbuat apa-apa, dia terlalu lemah dan akhirnya dia dijemputNya", terang doktor. Terduduk Hilmi mendengarkan hal itu.
Jenazah selamat dikebumikan. Syuhadah seakan mengerti yang dia sudah tidak akan menikmati titisan-titisan susu Nura Ain lagi. Syuhadah menangis seolah-olah ingin memberitahu dunia yang dia perlukan seorang ibu, seorang ibu yang bersusah payah, bersabung nyawa demi untuk melihat kelahirannya. Demi membahagiakan papanya, demi membahagiakan neneknya. Syuhadah terus menangis seolah-olah tidak rela dia dipisahkan dengan ibunya hanya bersamanya untuk sekejap cuma. Semua yang hadir kelihatan mengesat mata, tidak sanggup mendengar tangisan bayi kecil itu. Semua terpaku dan terharu, Hilmi mendukung Syuhadah dan memujuk bayi kecil itu, akhirnya dia terlelap di dakapan papanya.

--------------------------------------------------------------------------

Abang yang Nura rindui,
Abang maafkan Nura kerana selama ini tidak mampu menjadi isteri yang terbaik buat abang. Saat abang membaca surat ini, mungkin Nura sudah jauh meninggalkan abang, Nura tak harapkan Nura akan selamat melahirkan anak ini, tapi Nura harap bayi akan selamat walau apa yang terjadi pada Nura. Itu harapan Nura bang. Nura masih ingat, rumah tangga kita hampir runtuh kerana Nura tidak mampu memberikan zuriat buat abang, tapi bang, kali ni doa Nura dimakbulkan, dan untuk itu, biarlah Nura menanggung segala kapayahan demi zuriat ini bang.
Saat Nura menulis surat ini, Nura masih lagi menjadi penghuni setia katil hospital ini. Baby kita makin nakal bergerak bang, tapi Nura bahagia merasa tiap tendangan dia abang, Nura bahagia, cukuplah saat manis ini Nura dan dia. Nura rasakan setiap pergerakannya amat bermakna, dan andainya ditakdirkan Nura hanya ditakdirkan untuk bahagia bersama dia hanya dalam kandungan sahaja Nura redha bang. Siapalah Nura untuk menolak ketentuanNya. Nura tak mampu abang.


Cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah makbulkan doa Nura untuk mengandungkan zuriat dari benih abang yang Nura cintai dan kasihi selamanya. Nura redha sekiranya selepas ini walau apa terjadi, Nura redha, kerana Allah telah memberikan Nura sesuatu yang cukup istemewa, dan andainya maut memisahkan kita Nura harap abang redha sebagaimana Nura redha. Syukurlah sekurang-kurang Allah berikan nikmat kepada Nura untuk merasai nikmatnya menjadi seorang ibu walau cuma seketika.
Andai apa yang Nura takutkan terjadi, dan bayi ini dapat diselamatkan Nura harap abang akan jaganya dengan penuh kasih sayang. Nura harap abang jangan biarkan hidupnya tanpa seorang ibu. Cuma satu Nura harapkan dia akan mendapat seorang ibu yang mampu menjaga seorang anak yatim dengan baik dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Seumur hayat Nura, Nura tak pernah meminta sesuatu dari abang, dan kini inilah permintaan Nura, janjilah anak ini akan mendapat seorang ibu yang penyayang.


Abang yang Nura rindui...
Dulu sewaktu rumah tangga kita dilandai badai, Nura ingin sangat ucapkan kata-kata ini pada abang, tapi Nura tak berkesempatan, dan walaupun kini Nura tiada lagi, tapi Nura nak abang tahu yang...
Nura rindukan abang...... Nura rindu sangat dengan abang..... rindu bang... rindu sangat.... Tuhan saja yang tahu betapa rindunya Nura pada abang. Nura rindukan sentuhan, ciuman dan pelukan kasih sayang abang. Tapi Nura tak mampu dan tidak berpeluang untuk mengucapkannya. Nura tidak berpeluang. Nura juga berharap, abang halalkan makan minum Nura, ampunkan segala dosa-dosa Nura pada abang. Sekali lagi maafkan Nura kerana tidak mampu menjadi isteri terbaik buat abang, maafkan Nura bang. Sesungguh cinta dan kasih sayang Nura tetap untuk abang hingga akhir hayat. Terima kasih kerana memberikan kebahagiaan buat Nura, terima kasih kerana menjadi suami yang baik buat Nura, dan semoga abang akan jadi papa yang baik pada anak kita.


Sekian,Ikhlas dari nurani isterimuNura Ain Bt. Abdullah

..............to be con't........